Batu dakwat
Batu dakwat

Batu dakwat

Batu dakwat atau batu tinta (Cina Tradisional: 硯, Cina Ringkas: 砚, pinyin: yàn) ialah sejenis batu berupa lesung yang digunakan untuk mengisar dakwat kering sebelum ia dapat digunakan untuk tujuan menulis; ia khusus ada dalam seni khat Cina. Barangan ini tidak sahaja boleh dihasilkan daripada batu, tetapi juga tanah liat, gangsa, besi mahupun tembikar.